Pertumbuhan ekonomi China, Penyangga kepada Pemulihan Ekonomi Sejagat

2021-01-19 14:14:36  CRI
Share with:

Pertumbuhan ekonomi China, Penyangga kepada Pemulihan Ekonomi Sejagat_fororder_微信图片_20210123135558

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China bagi tahun 2020 meningkat 2.3% berbanding tahun sebelumnya jika dikira pada harga setanding, dengan merekodkan RMB101.6 trilion (RM63.4 trilion). Data mengenai prestasi ekonomi China pada tahun 2020 yang dikeluarkan pihak rasmi semalam, dianggap lebih baik daripada unjuran oleh beberapa media negara lain.

Tatkala wabak Covid-19 melanda seluruh dunia dan ekonomi dunia merosot dengan serius, ekonomi China pulih dengan stabil, dan negara ini dijangka merupakan satu-satunya entiti ekonomi utama yang mewujudkan pertumbuhan yang positif di dunia, yang dilihat sebagai sinaran terang bagi ekonomi sejagat. Agensi Berita Bloomberg menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China merupakan penyangga kepada pemulihan ekonomi sejagat.

Pertumbuhan ekonomi China, Penyangga kepada Pemulihan Ekonomi Sejagat_fororder_微信图片_20210123135604

Prestasi China sebagai negara yang pertama mengawal wabak dengan berkesan, menyambung semula pekerjaan dan pengeluaran, dan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang positif pada tahun 2020 amat mengagumkan dunia. Perlu disebut bahawa walaupun menghadapi tamparan daripada wabak, industri baharu, format baharu dan produk baharu China tetap berkembang dengan pesat.

Pada awal bulan ini, Bank Dunia meramalkan ekonomi sejagat susut 4.3% pada tahun 2020. Dalam keadaan  sebegini, bagaimana ekonomi China dapat bertumbuh dengan kadar 2.3%? Ini tidak terlepas dari kelebihan pasaran dan penggerak inovatif  milik China. Serentak itu, siri langkah yang diambil kerajaan China dengan tepat dan pantas memainkan peranan penting dalam menjamin pekerjaan penduduk, kehidupan asas dan kestabilan pasaran.

Demi menghadapi risiko dan cabaran dalam globalisasi ekonomi pada masa ini, China telah mengemukakan penyelesaian sendiri kepada dunia iaitu membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan, mewujudkan situasi menang-menang dan berkongsi bersama. Tindakan China terbukti memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan rakyat negara lain terhadap barang pencegahan wabak dan bekerja di rumah, menstabilkan rantai industri dan bekalan sejagat serta menggalakkan pemulihan ekonomi sejagat.

Pertumbuhan ekonomi China, Penyangga kepada Pemulihan Ekonomi Sejagat_fororder_微信图片_20210123135612

Namun, kami juga perlu menyedari bahawa dasar pemulihan ekonomi China masih kurang kukuh ekoran penularan wabak Covid-19 dan banyak isu yang tidak menentu dalam persekitaran di luar negara ini . Maka, China akan berusaha memelihara ekonomi beroperasi dalam julat yang munasabah, memastikan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan dimulakan dengan baik, sekali gus menyediakan ruang menang-menang yang lebih luas untuk dunia ini.

曹捷