Rasialisme, Pencepat Pemecahbelahan Masyarakat AS

2021-01-19 15:43:45  CRI
Share with:

Sikap anggota polis Amerika Syarikat (AS) terhadap penunjuk perasaan orang kulit putih yang menyerbu masuk Capitol baru-baru ini, jauh berbeza dengan penindasannya terhadap pemprotes keturunan Afrika dalam demonstrasi membantah rasialisme pada Jun lalu.

Menurut CNN, perbezaan tersebut disebabkan amalan rasialisme dan keutamaan terhadap warga kulit putih yang wujud sejak sekian lama di negara berkenaan.

Mengimbau kembali sejarah AS, negara gergasi itu "membangkit" melalui pembunuhan terhadap puak Indian dan pemerdagangan hamba Afrika. Bagaimanapun sampai kini, kaum minoriti masih belum mendapat kedudukan yang setimpal, sehingga rasialisme terus muncul sebagai racun masyarakat yang dapat terasa melalui pelayanan yang tidak adil dalam penguatkuasaan undang-undang, jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miskin, dan layanan perubatan yang berlainan.

Menurut data terkini dari Pusat Pengawalan Penyakit(CDC), kadar kematian warga keturunan Afrika akibat wabak COVID-19 adalah 2.8 kali ganda daripada warga kulit putih. Perbezaan layanan akibat perbezaan warna kulit itu juga boleh kelihatan dalam pelbagai aspek masyarakat. Orang AS keturunan Afrika yang merupakan 12% hingga 13% populasi seluruh negara, menjadi korban dengan kadar 40% dalam insiden tembakan polis. Serangan kebencian yang menyasarkan kaum minoriti semakin bertambah. Sementara itu. mereka juga mengalami "diskriminasi yang tidak ketara" sepanjang proses mengambil kerja, mendapat gaji dan memohon pinjaman kewangan.

Jika kerajaan AS menolak mempertimbangkan faktor-faktor seperti unsur sejarah, sosioekonomi yang tidak sama rata dan kerangka politik yang terwujud di sebalik amalan perkauman, masyarakat AS akan dihantui oleh 'tumor' itu secara berkekalan. Pada hakikatnya, seperti yang diketahui umum, apa yang disebut 'demokrasi' gaya AS semata-mata permainan politik yang 'dinikmati segelintir orang'.

高蕾