Pasukan Pakar Perubatan China Dianugerah “Pingat Satria Kedamaian” Kemboja

2021-01-19 12:57:57  CRI
Share with:

Pasukan pakar perubatan kumpulan ke-15 yang dihantar oleh Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dan pasukan pakar perubatan kumpulan ke-9 yang dihantar oleh Universiti Perubatan Tentera Laut PLA ke Kemboja telah dianugerah “Pingat Satria Kedamaian” oleh Kementerian Pertahanan Kemboja dalam satu majlis di Phnom Penh petang semalam.

Pada majlis itu, Atase Pertahanan Kedutaan Besar China di Kemboja, Li Jingfeng berkata,misi bantuan pasukan pakar perubatan tentera China di Kemboja merupakan epitome kerjasama China-Kemboja dan juga cerminan usaha kedua-dua negara dalam membina komuniti berkongsi nasib dalam sektor kesihatan dan perkhidmatan tentera. Usaha ini pasti akan diteruskan bagi membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Sementara itu, Pengarah Hospital Preah Ket Mealea, hospital Tentera Diraja Kemboja, Leftenan Jeneral Ly Sovan pula menyatakan, bantuan yang dihulurkan pasukan pakar perubatan tentera China di Kemboja selama 15 tahun benar-benar mencerminkan persahabatan dan 'persaudaraan' antara kedua-dua  negara dan tentera Kemboja-China.

曹捷