Xi Tinjau Zon Pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Zhangjiakou

2021-01-20 14:13:00  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping meninjau persiapan Sukan Olimpik, Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Zhangjiakou, provinsi Hebei semalam.

Xi Tinjau Zon Pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Zhangjiakou_fororder_1127003851_16111126748551n

Presiden Xi tiba di Zhangjiakou dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR), dan turut mengadakan tinjauan di stesen Taizicheng  HSR,  Pusat Lompat Ski Negara  dan Pusat Biathlon Negara, di samping bertemu mesra dengan para atlet dan jurulatih negara, pasukan yang bertugas untuk menjamin pengoperasian zon pertandingan Zhangjiakou serta wakil pembina di zon tersebut.

Xi Tinjau Zon Pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Zhangjiakou_fororder_1127003832_16111122544211n

Untuk rekod, Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24 akan diadakan di kedua-dua bandar Beijing dan Zhangjiakou, China pada 4 hingga 20 Feburari 2022. Stesen Taizicheng yang dibina di kawasan Chongli merupakan stesen HSR pertama yang menuju ke gelanggang Sukan Olimpik. Masa perjalanan dengan perkhidmatan HSR dari bandar Beijing ke gelanggang sukan Taizicheng tidak melebihi satu jam.

Xi Tinjau Zon Pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Zhangjiakou_fororder_1127003851_16111126748511n

Projek Pusat Lompat Ski Negara merupakan projek gelanggang sukan yang skalanya paling besar dan memerlukan teknologi pembinaan paling tinggi di zon pertandingan Zhangjiakou. Sebanyak 8 pingat emas akan dipertandingkan di tempat itu.  

Ketika bertemu dengan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach pada bulan Ogos 2015, presiden Xi menyatakan, penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di China bukan sahaja memberi manfaat kepada pembangunan China dalam bidang sukan dan sosioekonomi, tetapi juga kepada perkembangan sukan Olimpik antarabangsa.

曹捷