Gimnasium Perlumbaan Luncur Ais Negara Mula Buat Ais

2021-01-23 18:07:40  CRI
Share with:

Gimnasium Perlumbaan Luncur Ais Negara Mula Buat Ais_fororder_1127015331_16113462598661n

Pembuatan ais berdasarkan penggunaan teknologi mesra alam yang tercanggih di dunia dilaksanakan dengan lancar di Gimnasium Perlumbaan Luncur Ais Negara (National Speed Ice-skating Oval) yang digelar sebagai 'Reben Ais' (Ice Ribbon), sehingga menghasilkan lorong-lorong luncur ais untuk kegunaan perlumbaan rasmi.

 'Reben Ais' merupakan premis yang simbolik bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, dan satu-satunya gimnasium yang baru dibina untuk acara perlumbaan ais.  Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mengundang Encik Mark, pakar buat ais yang terkenal mengetuai satu kumpulan yang terdiri daripada juruteknik dari dalam dan luar negeri untuk memastikan kualiti ais mencapai piawaian sukan olimpik.

Gimnasium Perlumbaan Luncur Ais Negara Mula Buat Ais_fororder_1127015331_16113462597191n

Menurut rancangan berkenaan, 3 lorong perlumbaan luncur ais yang masing-masing sepanjang 400 meter, satu lorong latihan, sebuah zon ais multi-fungsi dengan 60 meter panjangnya dan 30 meter lebarnya, sebuah zon ais multi-fungsi dengan 61 meter panjangnya dan 31 meter lebarnya serta sebuah zon ais yang bergerak akan dibina dan disediakan dalam gimnasium tersebut.

Gimnasium Perlumbaan Luncur Ais Negara Mula Buat Ais_fororder_1127015331_16113462597441n

Selain itu, 'Reben Ais' merupakan gimnasium luncur ais sukan olimpik musim sejuk yang pertama di dunia yang menggunakan teknologi membuat ais berdasarkan teknologi cross-critikal karbon dioksida, yang dianggap teknologi yang paling mesra alam di dunia pada masa ini. Pelepasan karbonnya hampir sifar, manakala keefisienannya dalam membuat ais sangat tinggi.

张宪