Jaminan Perubatan Diutamakan dalam Pembasmian Kemiskinan di Xinjiang

2021-01-24 16:29:19  CRI
Share with:

Jaminan Perubatan Diutamakan dalam Pembasmian Kemiskinan di Xinjiang_fororder_xj1

Wilayah Autonomi Xinjiang sentiasa mengutamakan jaminan perubatan dalam kempen pembasmian kemiskinan, dengan memperkasakan prasarana, menaiktaraf perkhidmatan dan memperincikan pelaksanaan dasar jaminan dalam sektor perubatan. Kesemua ini dilihat sebagai penyangga kepada pencapaian dalam pembasmian kemiskinan tempatan.

Pada masa ini, Xinjiang mempunyai hampir 900 hospital peringkat pekan dan 8,600 klinik peringkat kampung.

Jaminan Perubatan Diutamakan dalam Pembasmian Kemiskinan di Xinjiang_fororder_xj2

Dimaklumkan, menghidap penyakit teruk adalah satu satu punca yang menyebabkan petani dan penggembala terperangkap semula dalam belenggu kemiskinan. Oleh itu, kerajaan tempatan telah menambah kategori penyakit yang terkandung dalam jaminan insurans untuk golongan miskin ke 37 jenis, sekali gus menjadikan 99.97% penduduk miskin yang menghidap penyakit teruk boleh mendapat naungan dari insurans berkenaan. Selain itu, beberapa langkah yang lain seperti perkhidmatan 'dirawat dadulu baru bayar', berperanan menjamin penduduk miskin boleh mendapat rawatan apabila jatuh sakit, dibayar balik kos perubatan menurut piawaian insurans, dan mereka yang menghidap penyakit teruk boleh mendapat bantuan.

高蕾