Urumqi Makin Hijau

2021-01-25 14:50:10  CRI
Share with:

Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang kini kelihatan lebih indah sejak bandar itu mempergiat kerja penghijauan pada beberapa tahun ini. Hasilnya, penambahan tanah hijau seluas lebih 336 hektar di tanah datar dan 153.3 hektar di kawasan pergunungan.

Jabatan Perhutanan dan Padang Rumput Bandar Urumqi mengumumkan, pihaknya akan terus menhijaukan jalan raya, taman dan halaman syarikat serta meningkatkan daya pemulihan ekologi di tempat-tempat berkenaan.

Menurut rancangan, sebanyak 60 taman mini dan kawasan hijau akan dibina di bandar itu pada tahun ini.

徐国玮