Dokumentari "Kesan Sejarah di Xinjiang" Bakal Disiarkan

2021-01-25 14:48:27  CRI
Share with:

Dokumentari "Kesan Sejarah di Xinjiang China" mula disiarkan melalui CCTV-1 hari ini.

Dokumentari lapan episode ini dihasilkan bersama-sama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Dokumentari ini menggunakan banyak hasil kajian arkeologi dan bahan audio dan video untuk menceritakan sejarah wilayah Xinjiang dari empat perspektif iaitu sejarah, kaum, agama dan budaya.

Selain itu, dokumentari ini juga menghimpunkan wawancara dengan berpuluh-puluh orang ahli sejarah dan arkeologi yang terkenal dari dalam dan luar negara.

Dokumentari itu mencatatkan banyak fakta sejarah yang penting mengenai Xinjiang, antaranya Xinjiang merupakan wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China, penduduk pelbagai kaum di Xinjiang merupakan ahli sekeluarga bangsa China, pelbagai agama wujud bersama di wilayah itu sejak zaman dahulu, dan budaya pelbagai kaum di Xinjiang merupakan komponen penting dalam budaya China.

徐国玮