Penduduk di Komuniti Lama Beijing Nikmati Penaiktarafan Infrastruktur

2021-01-25 11:28:47  CRI
Share with:

Penduduk di Komuniti Lama Beijing Nikmati Penaiktarafan Infrastruktur_fororder_1611487908205_61_879x494

Usaha untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan komuniti lama bandar Beijing kini dilihat memberi kehidupan yang lebih baik dan selesa kepada penduduk tempatan.

Tianqiaowan, sebuah komuniti yang dibina di daerah Tongzhou pada tahun 1995, dahulunya mempunyai suasana kehidupan kurang memuaskan akibat kemudahan yang usang dan tiada pihak pengurusan harta yang bertanggungjawab.

Seiring dengan pembinaan daerah tersebut sebagai pusat pentadbiran baharu Beijing, penaiktarafan kemudahan di komuniti Tianqiaowan turut sama menjadi keutamaan.

Penduduk di Komuniti Lama Beijing Nikmati Penaiktarafan Infrastruktur_fororder_1611487940416_806_882x496

Mengambil masa setahun sejak 2017, pihak berkuasa tempatan telah meruntuhkan bangunan-bangunan haram, di samping memperbaik dinding bangunan rumah kediaman serta memasang sistem kawalan masuk pintar.

Selain itu, penebat haba luaran pada dinding luar bangunan juga ditambah baik, sementara paip gas asli dan air turut dinaiktarafkan.

Dalam pada itu, bangunan yang terbiar sebelum ini turut diubah suai menjadi kedai runcit dan pusat hiburan untuk warga emas.

Perubahan bukan saja dapat disaksikan dalam kawasan komuniti, tetapi juga pada persekitaran luarnya.

Penduduk di Komuniti Lama Beijing Nikmati Penaiktarafan Infrastruktur_fororder_1611487970163_890_886x500

Sejak usaha mengetangahkan daerah itu sebagai pusat pentadbiran baharu Beijing, air yang kotor di laluan sungai 260 kilometer telah berjaya dirawat.

Ini sekali gus menghasilkan satu pemandangan sungai yang semakin indah, selain turut menyediakan lokasi persantaian yang baik kepada penduduk tempatan.

张哲