China Perketat Langkah Disinfeksi, Jamin Keselamatan Makanan Import

2021-01-25 12:54:55  CRI
Share with:

China memperketatkan prosedur pelaksanaan ujian dan kerja-kerja disinfeksi terhadap barang makanan import di semua pintu masuk kastam. 

Pakar epidemiologi dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou pada Jumaat berkata usaha-usaha yang akan dilakukan hingga barangan berada di pasaran itu dipercayai mampu menjamin keselamatan produk berkenaan.

Menyentuh sampel pembungkusan makanan import akhir-akhir ini dikesan positif COVID-19 di negara itu, Wu berkata, ia disebabkan oleh gelombang baharu pandemik yang melanda seluruh dunia buat masa ini. 

Jelas beliau, jabatan berkenaan diminta membuat ujian dan pensterilan yang kompleks terhadap barang makanan import selepas ia dibawa masuk ke China.

Secara amnya, setelah menjalani seluruh proses tersebut, makanan yang akhirnya memasuki pasar raya adalah selamat.

Wu menambah, walaupun beberapa makanan import atau bungkusannya diuji positif COVID-19, namun ia tidak bermakna individu akan dijangkiti wabak itu akibat barang berkenaan.

Beliau memberitahu, ujian positif koronavirus pada makanan atau bahan pembungkus hanya menunjukkan bahawa ia telah terkontaminasi.

Katanya, ia boleh menjadi virus hidup atau virus mati, bahkan hanya serpihan urutan genetik, yang tidak semestinya dapat berjangkit dan menular. 

周乔西