Kakitangan Perubatan Mesir Terima Suntikan Vaksin Buatan China

2021-01-25 13:15:02  CRI
Share with:

Mesir akan memberikan suntikan vaksin keluaran kumpulan Sinopharm China kepada kakitangan perubatan negara itu bermula hari ini.

Demikian diumumkan oleh Menteri Kesihatan dan Populasi Mesir, Hala Zayed dalam sidang akhbar di provinsi Ismailia semalam.

Katanya, kakitangan perubatan dari semua hospital kerajaan, polis dan tentera akan menerima suntikan vaksin keluaran Sinopharm mulai hari ini. Mereka yang bertugas merawat pesakit Covid-19 akan menerima suntikan terlebih dahulu.

Ahli jawatankuasa pakar Kementerian Kesihatan, yang juga pakar virologi Mesir, Mohamed Ahmed Ali dalam sidang akhbar itu menyatakan bahawa vaksin keluaran Sinopharm telah menjalani ujian klinikal di Mesir, maka keselamatan dan keberkesanannya dapat terjamin.

Difahamkan, vaksin keluaran Sinopharm telah menyelesaikan pendaftaran di Jabatan Perubatan Mesir. Selain itu, tiga lagi vaksin akan menyelesaikan prosedur pendaftaran dalam beberapa hari nanti.

Setakat ini, Mesir telah menempah 100 juta dos vaksin Covid-19 melalui Persatuan Vaksin Global dan saluran lain.

胡星