China Enjin Ekonomi Dunia

2021-01-25 15:53:54  CRI
Share with:

Sesi Agenda Davos Forum Ekonomi Dunia (WEF) dijadual berlangsung secara dalam talian bermula hari ini hingga Jumaat.

Presiden China, Xi Jinping yang buat pertama kalinya menghadiri sidang tahunan WEF pada empat tahun lalu, turut dijemput menghadiri dialog tersebut dan menyampaikan ucaptama.

Mengimbas kembali detik Presiden Xi berkongsi pandangan China mengenai globalisasi ekonomi pada ketika itu, Presiden WEF Borge Brende menyifatkan ia sebagai sangat penting.

"Beliau ketika itu berulang kali menegaskan peri penting kerjasama, multilateralisme dan konsep sama untung, di samping menjelaskan masalah utama yang didepani ekonomi dunia," katanya.

Menurut Brende, hubungan perdagangan akan membawa kepada pertambahan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi khususnya ketika bergelut penularan COVID-19.

Justeru katanya, kemajuan lebih besar akan dapat dicapai menerusi kolaborasi semua pihak.

Brende juga berkata, sebagai satu-satunya entiti ekonomi yang mengekalkan pertumbuhan positif pada 2020, pembangunan China juga akan membawa pengaruh besar terhadap dunia.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perniagaan China-Brazil, Ronnie Lins menyatakan pertumbuhan ekonomi China akan menyuntik rangsangan kepada pemulihan ekonomi global.

"China mempunyai kedudukan penting  dalam ekonomi dunia. Makin  pantas pemulihannya, makin cepat ekonomi negara-negara lain kembali normal," ujar beliau.

Tambah beliau, dunia meletakkan harapan tinggi terhadap pertumbuhan China kerana ia merupakan enjin kepada ekonomi dunia.

梁靓