Simposium Islam Indonesia-China

2021-01-30 14:54:40  CRI
Share with:

Simposium Islam Indonesia-China_fororder_111

Naib Presiden Persatuan Islam China, Jin Rubin menyertai simposium antarabangsa China-Indonesia yang bertemakan “agama Islam dengan Indonesia dan China: analisis tentang hubungan yang semakin meningkat antara kalangan rakyat Indonesia dengan China” pada 22 Januari. Simposium yang diadakan secara dalam talian ini dianjurkan bersama oleh Universiti Islam Sunan Ampel dan Kementerian Luar Indonesia. Lebih 160 orang diplomat dan sarjana menyertai simposium tersebut.

Simposium Islam Indonesia-China_fororder_112

Jin menyampaikan ucapan yang bertajuk “sejarah dan masa depan interaksi Isam China-Indoensia”. Beliau menyingkap kembali sejarah hubungan perdagangan dan pertukaran kebudayaan antara kedua-dua negara. Menurutnya, pertukaran antara Persatuan Islam China dengan kalangan agama Islam Indonesia semakin erat dan taraf kerjasama kian meningkat.

Para peserta memuji tinggi perkembangan hubungan antara kedua-dua negara dan memberikan cadangan yang kondusif bagi pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

徐国玮