Xi Ziarahi Anggota Tentera Udara

2021-02-07 13:54:00  CRI
Share with:

Xi Ziarahi Anggota Tentera Udara_fororder_1127073189_16126184361891n

Presiden Xi Jinping pada Khamis menziarahi anggota divisyen penerbangan Tentera Udara yang ditempatkan di wilayah Guizhou, menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Xi Ziarahi Anggota Tentera Udara_fororder_1127073189_16126184252541n

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan selamat menyambut TBC kepada askar dan pegawai Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), pasukan polis bersenjata, kakitangan awam berkhimat untuk pasukan tentera, anggota militia dan anggota tentera simpanan.

Xi Ziarahi Anggota Tentera Udara_fororder_1127073189_16126184139421n

Sepanjang tinjauan di sebuah hospital tentera, Xi dimaklumkan mengenai kehadiran anggota tentera dalam membantu masyarakat tempatan membendung penularan wabak COVID-19.

Beliau menghargai sumbangan besar yang dibuat anggota tentera sepanjang kempen memerangi wabak berkenaan.

Xi turut mengarahkan mereka supaya bersiap sedia untuk menghulurkan tangan membantu kepada pihak berkuasa tempatan dalam pencegahan wabak sempena sambutan TBC.

董筱娉