Xi: Cadangan Baik Bernilai Lebih Tinggi Daripada Emas

2021-02-10 11:38:58  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucap tama bertajuk “berganding bahu membuka lembaran baharu kerjasama” dalam Sidang Kemuncak Pemimpin China-CEECs  (negara-negara Eropah Tengah dan Timur) yang dihadiri pemimpin tertinggi negara dan kerajaan serta wakil kanan dari CEECs menerusi video di Beijing semalam.

Xi: Cadangan Baik Bernilai Lebih Tinggi Daripada Emas_fororder_1127086993_16128786690051n

Xi berkata, China dan CEECs perlu membuka pandangan, berani mencuba dan meneroka kerajasama rentas rantau berdasarkan pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan menjadikan seluruh rantau berkenaan relevan dengan perjanjian kerjasama BRI.

Xi: Cadangan Baik Bernilai Lebih Tinggi Daripada Emas_fororder_1127086993_16128786690071n

Menurut beliau, hubungan China-Eropah terus berkembang di sebalik penularan wabak COVID-19. Kedua-dua pihak telah menyelesaikan rundingan Perjanjian Pelaburan China-Eropah mengikut jadual, menandatangani Perjanjian Tanda Geografi China-Eropah, membina hubungan rakan kerjasama hijau dan digital antara satu sama lain, melindungi amalan multilateralisme dan menghadapi cabaran global bersama-sama.

Xi: Cadangan Baik Bernilai Lebih Tinggi Daripada Emas_fororder_1127086993_16128786690121n

Tegas beliau, hubungan China-CEECs antara bahagian penting hubungan China-Eropah, yang dijangka akan membawa peluang baharu kepada kerjasama China dengan CEECs.

Xi: Cadangan Baik Bernilai Lebih Tinggi Daripada Emas_fororder_1127086993_16128786690101n

Sementara itu, Presiden Xi juga menyatakan bahawa pasaran gergasi , potensi permintaan terdiri daripada 1.4 bilion populasi dan golongan yang berpendapatan serhana yang berjumlah 400 juta dijangka akan memberi semakin banyak permintaan dan peluang kepada seluruh dunia.

Terdapat pepatah Eropah yang berbunyi “cadangan baik bernilai lebih tinggi daripada emas”. Sehubungan itu, Presiden Xi berharap kedua-dua pihak terus mencari konsensus dan menggubal cetak biru yang baharu sehingga mendorong kerjasama China-CEECs terus berkembang secara stabil dan kukuh untuk suatu jangka masa yang panjang.

 

张宪