COVID-19 akan Ragut 91 Ribu Nyawa di AS

2021-02-22 14:39:55  CRI
Share with:

COVID-19 akan Ragut 91 Ribu Nyawa di AS_fororder_微信图片_20210222143443

Pandemik COVID-19 akan meragut 91,000 nyawa di Amerika Syarikat (AS) menjelang 1 Jun nanti. Demikian ujuran terkini oleh Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Universiti Washington.

Pada masa ini, jumlah kes baharu dan kematian di pelbagai negeri AS merekodkan penurunan. Oleh itu, pihak berkuasa di beberapa tempat sedang memikirkan untuk melonggar tindakan kawal wabak.

Walau bagaimanapun, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Universiti Washington menyatakan, pelonggaran kawalan wabak yang terlalu awal mungkin akan mengakibatkan situasi wabak pulih serius.

Institut itu turut memberi amaran bahawa varian virus mungkin akan menjadi salah satu punca utama wabak hilang kawalan pada masa akan datang.

徐国玮