"Hadiah dari China" Bawa Harapan kepada Dunia

2021-02-23 14:46:13  CRI
Share with:

"Menjadikan vaksin sebagai produk awam global." Demikianlah komitmen China yang telah menjadi kenyataan.

Ketika dunia masih bergelut dengan wabak COVID-19, vaksin buatan China telah membawa harapan kepada rakyat pelbagai negara khususnya negara membangun. Tak khairanlah ada orang menyebut vaksin dari China itu sebagai "hadiah Tahun Baharu dari China".

Setakat ini, China telah menyediakan bantuan vaksin kepada 53 negara membangun yang memohon bantuan China, di samping mengeksport vaksin kepada 22 negara.

Sementara itu, negara ini memutuskan untuk menawarkan 10 juta dos vaksin kepada inisiatif peruntukan vaksin COVID-19 (COVAX) untuk memenuhi permintaan cemas dari negara-negara membangun.

Banyak negara yang menanti-nantikan vaksin China ini mencerminkan bahawa mereka sukar untuk memperoleh vaksin dari negara Barat.

Pada masa ini, pemvaksinan sangat tidak seimbang dan adil di dunia. Jumlah penerimaan vaksin di 10 negara menduduki 75 peratus jumlah dunia, namun lebih 130 negara masih belum memulakan pemvaksinan.

Dalam sesi peringkat menteri mengenai isu vaksin COVID-19 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan baru-baru ini, China sekali lagi menegaskan bahawa pelbagai pihak perlu bekerjasama menentang "nasionalisme vaksin", mewujudkan pengagihan vaksin yang adil dan rasional khususnya di negara-negara membangun dan negara-negara yang terperangkap dalam konflik.

Negara-negara Barat yang mempunyai kelebihan dalam pengeluaran dan pemerolehan vaksin, perlu memikul lebih banyak tanggungjawab untuk menyokong usaha melawan wabak sejagat. Di samping itu, tokoh-tokoh dunia Barat juga dinasihat mengetepikan prejudis ideologi dan jangan mengaitkan "geopolitik" dengan kerjasama vaksin antara China dengan negara-negara terlibat.

Hakikat telah membuktikan bahawa perpaduan dan kerjasama ialah senjata yang paling kuat bagi masyarakat antarabangsa memerangi wabak. Sebagai negara besar yang bertanggungjawab, China akan terus komited membolehkan rakyat pelbagai negara mampu memperoleh vaksin. Hadiah dari China ini akan membantu rakyat pelbagai negara mengatasi kesukaran semasa.

徐国玮