Wang Yi Cela Fitnah Menyasar Xinjiang

2021-02-23 14:37:38  CRI
Share with:

China sekali lagi mencela fitnah dan tohmahan menyasar Xinjiang sebagai mainan politik berniat jahat yang lahirnya daripada kejahilan dan prejudis.

Menteri Luar, Wang Yi mengulangi bahawa kebebasan beragama penduduk pelbagai etnik di Xinjiang diberi jaminan di sisi undang-undang.

Dakwaan wujudnya "genosid", "buruh paksa" atau "penindasan agama" di wilayah itu adalah bohong belaka.

Ketika berucap pada mesyuarat peringkat tinggi sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) secara maya pada Isnin, beliau menegaskan isu Xinjiang adalah mengenai perjuangan membanteras keganasan dan faham pemisahan.

Xinjiang mempergiat operasi menghapuskan ekstremisme, sejajar dengan Pelan Tindakan Mencegah Ekstremisme Ganas PBB.

Kesungguhan itu akhirnya terbalas apabila tiada kes keganasan dilaporkan di sana selama lebih empat tahun.

Menurut Wang, wilayah berkenaan kini makmur dan stabil, manakala penduduk tempatan hidup aman sentosa.

Beliau turut menjemput pesuruhjaya tinggi PBB bagi hak asasi menjejak kaki ke Xinjiang untuk melihat sendiri keadaan sebenar wilayah itu.  

梁靓