Wang Yi: China Berjaya Bina Jalan Pembangunan Hak Asasi Manusia Sendiri

2021-02-23 12:58:11  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara, yang juga Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) secara maya semalam.

Wang Yi berkata, di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC), China telah berjaya mencipta satu jalan pembangunan sosialis yang bercirikan China dan satu jalan pembangunan hak asasi manusia yang selaras dengan keadaan sebenar negara ini.

Beliau berkata, ketika menghadapi pandemik COVID-19, kerajaan China mengutamakan keselamatan dan kesihatan setiap rakyat. Vaksin berkait rapat dengan hak kesihatan, hidup dan pembangunan setiap orang, maka pengagihan vaksin di dunia harus dijalankan secara adil, terutamanya menjamin negara-negara membangun mampu memperoeh dan membelinya.

Pada masa yang sama, Wang Yi menegaskan, China menentang segala tindakan yang mencampur tangan negara lain dengan alasan hak asasi manusia. Beliau turut membidas dakwaan "genosid", "kerja paksa" atau "penindasan agama" di Xinjiang. Akhbar angin yang lahirnya daripada kejahilan dan prasangka merupkakan tipu muslihat politik yang berniat jahat.

Wang Yi juga menjelaskan, Undang-undang Keselamatan mengenai Hong Kong telah mengubah kekacauan di Hong Kong, yang juga melindungi hak dan kepentingan yang sah serta kebebasan penduduk tempatan.

胡星