Xi Bertemu Wakil Misi Chang'e-5

2021-02-23 14:42:32  CRI
Share with:

Xi Bertemu Wakil Misi Chang'e-5_fororder_x1

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan wakil-wakil yang menyertai misi penjelajahan bulan Chang'e-5 di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Isnin.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, juga telah mengunjungi pameran mengenai sampel bulan yang dibawa balik oleh prob penyelidikan Chang'e-5 dan pencapaian eksplorasi kali ini.

Xi Bertemu Wakil Misi Chang'e-5_fororder_x2

Beliau memberikan penilaian tinggi kepada kejayaan misi Chang'e-5 dan menggalakkan para saintis agar menyemarakkan semangat penjelajahan bulan untuk mewujudkan kecemerlangan baharu dalam penyelidikan sains dan teknologi. Para saintis dinasihatkan terus berbakti kepada pembangunan negara malah memberikan sumbangan yang lebih besar dalam penerokaan ruang angkasa secara damai.

Xi mengatakan bahawa kejayaan misi Chang'e-5 menandakan berakhirnya program penjelajahan bulan yang terdiri dari tiga langkah iaitu mengorbit bulan, mendarat di permukaan bulan dan kembali ke bumi. Ini amat signifikan dalam membangunkan China sebagai negara kuat dalam penerbangan angkasa lepas.

Xi juga memuji dan mengucapkan tahniah kepada kesemua kakitangan yang terlibat dalam projek penjelajahan bulan dalam tempoh 17 tahun yang lalu. Mereka mengejar impian, tabah untuk menyelidik, bekerjasama untuk mengatasi kesulitan dan terus mencapai kemajuan sains dan teknologi.

徐国玮