Xi Jinping Berhubung dengan Presiden Mesir

2021-02-23 12:57:23  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping berhubung dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Abdel Fattah Al Sisi melalui telefon semalam.

Xi berkata, Mesir ialah negara Arab dan negara Afrika pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China. Hubungan kedua-dua negara ini ialah teladan bagi kerjasama dan perpaduan yang saling menguntungkan antara China dengan dunia Arab dan benua Afrika.

Beliau mengatakan, China memandang Mesir sebagai sahabat yang boleh dipercayai dan menyokong negara itu mengikuti jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri. China bersedia memperkukuh kepercayaan politik dengan Mesir, meningkatkan penyelarasan dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa, bersama-sama memelihara multilateralisme dan keadilan antarabangsa.

Xi menambah, China bersedia meningkatkan kerjasama vaksin dengan Mesir, menyokong masyarakat antarabangsa bersatu padu membendung wabak, agar menggalakkan pembinaan komuniti kesihatan umat manusia.

Abdel Fattah Al Sisi berkata, pihaknya menyokong pendirian China dalam isu Hong Kong, Xinjiang dan Taiwan, menyokong usaha China untuk memelihara kedaulatan dan keutuhan negara, menentang kuasa luar mencampur tangan dalam isu domestik China dengan alasan hak manusia.

Beliau menegaskan, Mesir bersedia berusasa bersama dengan China untuk meningkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

胡星