PBT Guangdong Atur Pengangkutan Percuma untuk Perantau

2021-02-23 15:07:50  CRI
Share with:

Pihak berkuasa tempatan Guangdong mengambil inisiatif menyediakan pengangkutan percuma bagi memudahkan pekerja perantau pulang ke tempat kerja masing-masing setelah tamatnya cuti panjang Tahun Baharu Cina. 

Pada Sabtu, Stesen Kereta Api Selatan Guangzhou menyambut ketibaan kereta api yang membawa lebih 600 pekerja perantau dari wilayah Yunnan, barat daya China.

Jabatan sumber manusia dan jaminan sosial Guangzhou turut menyediakan bas untuk menghantar kumpulan pekerja itu ke syarikat masing-masing.  

Menurut jabatan tersebut, beberapa syarikat di wilayah Guangdong kembali beroperasi lebih awal berbanding tahun sebelumnya, dan permintaan terhadap tenaga kerja terus meningkat.

Bagi memenuhi permintaan tersebut juga, jabatan berkaitan di Guangdong bekerjasama dengan wilayah lain, seterusnya mengatur kereta api khas untuk membawa pekerja perantau.

Setakat kini, sejumlah 571 kereta api dan lapan pesawat khas yang diatur Guangdong berjaya membantu lebih 22,000 pekerja perantau.

Ia memenuhi keperluan hampir 180 syarikat untuk menyambung semula operasi mereka. 

 

周乔西