Xi: Sempurnakan Sistem Jaminan Sosial Komprehensif

2021-02-28 14:47:33  CRI
Share with:

Sistem jaminan sosial antara sistem asas bagi menjamin kesejahteraan rakyat, memelihara keadilan sosial, dan menambah baik kehidupan rakyat. China komited menyempurnakan sistem jamian sosial secara komprehensif di negara ini.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika berucap dalam sesi pembelajaran kolektif ke-28 Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengenai kerja menyempurnakan sistem jamian sosial komprehensif pada Jumaat.

Xi menyatakan bahawa usaha hendaklah dilakukan untuk membina sistem jaminan yang lebih kukuh dan komprehensif demi memenuhi permintaan rakyat yang pelbagai dan kian meningkat.

Sistem jaminan sosial melibatkan bantuan sosial, kebajikan sosial, dan jaminan kepada golongan tertentu. Insurans perubatan asas yang melibatkan 1.36 bilion orang, dan insurans pencen yang melibatkan hampir 1 bilion orang di negara ini, antara sistem jaminan sosial berskop paling besar di dunia.

覃淼