Prestasi KDNK China Unggul

2021-03-02 14:23:12  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China melepasi 100 trilion yuan (RM62.68 trilion) pada 2020.

Angka rasmi yang diumumkan hujung Februari menunjukkan, jumlah keseluruhan KDNK bagi tahun lepas dianggarkan 101.59 trilion yuan (RM63.67 trilion) dengan pertumbuhan sebanyak 2.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Prestasi itu didorong oleh kecekapan dan keupayaan pembuat dasar sentiasa mengambil kira kesejahteraan rakyat susulan pandemik COVID-19 yang merencatkan kegiatan ekonomi.

Tatkala diuji dengan penularan wabak, negara itu meletakkan pekerjaan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan paling tinggi.

Pihak pembuat dasar turut merangka dan memperkasa dasar-dasar berkaitan ekonomi yang berorientasikan pasaran, antaranya termasuk menurunkan cukai dan bayaran dalam skala besar serta terus menghulurkan bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Di sini dapat mudah difahami bahawa objektif dasar berkenaan adalah untuk mengekalkan status perusahaan sebagai tunjang utama pasaran, yang dikaitkan rapat dengan kebajikan dan mata pencarian masyarakat.

Kini, beberapa pelan strategik yang dijalankan dalam negeri membuahkan pulangan membanggakan apabila KDNK per kapita melebihi USD10 ribu (RM40.56 ribu) bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

Pada akhir tahun lalu, pengangguran ditinjau di bandar-bandar pada kadar 5.2 peratus, manakala yang berdaftar pula 4.2 peratus, jauh lebih rendah berbanding yang dijangkakan sebelum ini.

Ekonomi China yang menyaksikan pemulihan mapan turut menjadi pendorong utama yang memberi galakan kepada rejuvenasi ekonomi sejagat.

Sistem perindustrian yang lengkap serta rantai logistik yang cekap memenuhi permintaan yang makin meningkat negara-negara lain terhadap barang-barang pencegahan dan kawalan wabak, produk keperluan bekerja dari rumah serta barang keperluan harian.

Pada masa sama, tahap keterbukaan China yang semakin tinggi juga membawa lebih banyak peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa.

Seperti yang direkodkan dulu, jumlah penggunaan sebenar modal asing di China mencatat satu trilion yuan (RM4.06 trilion) pada 2020, meningkat 6.2 peratus daripada tahun sebelumnya.

董筱娉