Prayuth: Pengalaman China Basmi Kemiskinan Boleh Dicontohi

2021-03-03 13:53:08  CRI
Share with:

Prayuth: Pengalaman China Basmi Kemiskinan Boleh Dicontohi_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6012_53940cce-241d-4888-8328-835a0fa1e81d

Thailand memberi perhatian kepada kejayaan China dalam membasmi kemiskinan dan sentiasa menimba pengalaman daripadanya.

Demikian ujar Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dalam temu bual bersama Kumpulan Media China(CMG) baru-baru ini.

Kata beliau, perkara paling penting dalam mengatasi kemiskinan ialah membolehkan rakyat berdikari dan memperoleh pendapatan yang mencukupi.

Thailand akan meneliti maklumat dan pengalaman yang dikongsikan China bagi menjayakan usaha membasmi kemiskinan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Prayuth: Pengalaman China Basmi Kemiskinan Boleh Dicontohi_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_8c5fb87c-8f5c-4dbf-954d-ac82f9bad473

Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik Thailand-China, Surasit Thanadtang semasa ditemu ramah pula berkata, kelebihan sistem pentadbiran China kunci kejayaan negara ini untuk menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan masyarakat makmur sederhana.

Jelasnya, kelebihan itu dilihat sangat ketara bagi memastikan dasar pembasmian kemiskinan dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, dan sumber berkaitan diagihkan secara munasabah.

张哲