Sukan Olimpik: Kontinjen Badminton China Intai Pingat Emas

2021-03-04 14:05:34  CRI
Share with:

Pengerusi Persatuan Badminton China, Zhang Jun memaklumkan bahawa pasukannya tekad untuk merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo akan datang menerusi lima kategori.

Menjelang temasya sukan yang akan dijadualkan bermula pada Julai depan, pasukan badminton kebangsaan China kini sedang memasuki fasa penyediaan yang kritikal.

Ketua jurulatih kategori perseorangan, Xia Xuanze berkata beliau kini mempunyai pelbagai video bagus yang boleh dijadikan sebagai bahan kajian.

Jelas beliau lagi, susulan ketiadaan perlawanan, anak buahnya kini turut mempunyai lebih banyak masa dan tenaga untuk menjalani latihan yang lebih berfokus.

Dalam perkembangan lain, Zhang memberitahu pasukannya akan berpindah ke kawasan selatan China, iaitu kawasan dengan keadaan cuaca yang lebih baik untuk atlet-atlet tersebut menjalani latihan dan rawatan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media berhubung taklimat kerjasama  strategik antara Kontinjen Badminton Negara China dengan YONEX, di sini, semalam.

 

张宪