HKD1.138 Bilion Untuk Rancakkan Industri Pelancongan HK

2021-03-04 13:32:56  CRI
Share with:

Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) akan melancarkan strategi jangka pendek, sederhana dan panjang yang bernilai HKD1.138 bilion (RM594.5 juta).

Menurut Pengarah Eksekutif HKTB, Dane Cheng Ting-yat menyatakan bahawa ia adalah bertujuan untuk merancakkan lagi industri pelancongan.

Mengikut rancangan pekerjaan tahunan 2021-2022 yang diumumkan pada semalam, 10 peratus daripada belanjawan yang diperuntukkan oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong tersebut akan digunakan bagi mempromosikan sumber pelancongan di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau.

Dalam sidang media yang sama, Dane Cheng turut mengakui bahawa sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan lagi diperlukan bagi memulihkan industri pelancongan rentas sempadan secara menyeluruh di Hong Kong meskipun program pemvaksinan COVID-19 mula dilancarkan di serata tempat dunia.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga akan terus menggalakkan pelancongan tempatan yang menyasarkan  pelancong berpendaptan tinggi, di samping meningkatkan skim subsidi, memberi bantuan kepada agensi pelancongan dan mengekalkan populariti Hong Kong di arena antarabangsa.

曹捷