Chengdu: Muzium Panda Interaktif Dibuka

2021-03-04 11:49:04  CRI
Share with:

Sebuah muzium interaktif bertemakan panda telah dibuka di Chengdu, barat daya China semalam.

Kini, pelbagai lapisan masyarakat boleh mengunjungi pameran-pameran yang direka bentuk dengan teliti di muzium panda Chengdu itu untuk menyelami pengalaman yang mengasyikkan dan menimba pengetahuan baru.

Terdiri daripada tujuh bahagian pameran seluas 7,000 meter persegi, muzium tersebut dibina oleh Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Chengdu.

Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapat banyak maklumat dan fakta menarik tentang spesies berharga dengan hanya perlu menyentuh pada skrin untuk panduan lawatan secara animasi atau memilih untuk lawatan berpandu secara fizikal.

Antara yang ditawarkan adalah termasuk sejarah dan tabiat panda, serta usaha-usaha yang dilaksanakan dalam pemeliharaan panda.

Turut dimaklumkan juga, muzium berkenaan menyediakan pameran yang seakan-akan dengan persekitaran prasejarah, iaitu pada waktu awal kemunculan panda.

Untuk rekod, muzium tersebut dibangunkan dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai panda dan haiwan liar lain, di samping memperhebat kesedaran orang awam dalam usaha memelihara persekitaran ekologi dan haiwan.

高蕾