Persahabatan Rakyat, Asas Ikatan Sesama Negara

2021-03-04 12:44:26  CRI
Share with:

Persahabatan di kalangan rakyat  adalah asas kepada perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.

Wang dalam sesi taklimat pada Rabu berkongsi hasil tinjauan pendapat umum mutakhir ini, yang menunjukkan ramai responden warga AS mahu pertukaran sosiobudaya negara mereka dengan China dikekalkan.

Antaranya, 72 peratus responden menyokong AS mempergiat kerjasama dengan China dalam tadbir urus iklim.

Wang melahirkan harapan agar AS dapat memandang China dan hubungan sesama negara secara objektif, serta mengamalkan dasar bersifat pragmatik dan rasional terhadap China.

AS juga diharap melakukan lebih banyak usaha yang membantu memperdalam kesalingpercayaan dan kerjasama, sekali gus menggalakkan hubungan dua hala berkembang secara sihat dan stabil.

梁靓