Pasaran Automobil Hijau China Rancak

2021-03-04 13:47:04  CRI
Share with:

Pengeluaran dan jualan automobil tenaga alternatif China merekodkan jumlah paling banyak di dunia selama enam tahun berturut-turut, dengan lebih 5.5 juta unit dipasarkan.

Menteri Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), Xiao Yaqing memberitahu, industri automobil hijau China menunjukkan momentum pertumbuhan berterusan sepanjang tahun lalu, dengan kadar peningkatan mencecah 10.9 peratus biarpun jualan di pasaran global mengalami penyusutan.

Seperti yang dianalisis timbalan ketua setiausaha Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), Chen Shihua, prestasi itu berkat pelaksanaan lebih 60 dasar keutamaan serta kesungguhan syarikat terbabit dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif.

 

周乔西