Xi: Perkasakan Usaha Bagi Wujudkan Pembangunan Berkualiti

2021-03-08 13:46:50  CRI
Share with:

Xi: Perkasakan Usaha Bagi Wujudkan Pembangunan Berkualiti_fororder_1127181075_16151225896021n

Presiden China, Xi Jinping menekankan perlunya memperkasakan usaha bagi mewujudkan pembangunan berkualiti.

Semasa berlangsungnya sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing semalam, Presiden Xi yang menghadiri sesi perbahasan bersama perwakilan  dari provinsi Qinghai, menyifatkan pembangunan berkualiti sebagai tema pembangunan sosioekonomi China pada lima tahun yang akan datang bahkah dalam jangka masa lebih panjang kerana ia berkaitan rapat dengan pembangunan modenisasi negara sosialis di China.

Beliau mahu melihat jalan-jalan bagi mewujudkan pembangunan berkualiti  diteroka di pelbagai kawasan berdasarkan keadaan sebenar tempatan, dan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.

 

Xi: Perkasakan Usaha Bagi Wujudkan Pembangunan Berkualiti_fororder_1127181075_16151225895951n

Setelah mendengar pendapat dan cadangan wakil-wakil NPC mengenai pencapaian Qinghai dalam usaha pembasmian kemiskinan, pembangunan tamadun ekologi di kawasan Gunung Qilian, perubahan baharu kaunti Yushu selepas bencana gempa bumi dan lain sebagainya, Presiden Xi menegaskan peri pentingnya provinsi Qinghai  menyumbang kepada keselamatan ekonomi negara dan perkembangan kebangsaan China. Beliau turut menekankan perlunya mempercepat langkah untuk menyempurnakan sistem tamadun ekologi, menyelaraskan usaha perkembangan pelancongan dengan perlindungan ekologi alam sekitar, dan bersungguh-sungguh menangani masalah terbabit demi kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang.

Untuk rekod, provinsi Qinghai terletak di dataran tinggi Qinghai-Tibet yang disifatkan sebagai "Menara Air bagi Bangsa China", yang juga berfungsi sebagai kawasan punca bagi tiga sungai utama di negara ini, iaitu Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang.

曹捷