Dasar China Melibatkan Xinjiang Berkesan dan Mustahak

2021-04-03 16:00:31  CRI
Share with:

Dokumentari "Arus yang Beralir di Bawah Tanah - Cabaran Antikeganasan di Xinjiang China" hasilan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) telah disiarkan semalam. Sebagai dokumentari keluaran CGTN keempat yang bertemakan sama, ia mendedahkan niat jahat kumpulan pengganas "Gerakan Islam Turkistan Timur" (ETIM) yang meracuni hati penduduk etnik minoriti dengan fikiran agama melampau, sekaligus menimbulkan pemecahbelahan dan pergolakan di Xinjiang.

Kebelangkan ini, segelintir kelompok anti-China di Barat asyik menggembar-gemburkan isu melibatkan Xinjiang. Dari apa yang disebut "menahan secara besar-besaran" sampai "kerja paksa", dari apa yang disebut "penindasan agama" sampai "pembersihan budaya", mereka mereka-reka bohongan satu demi satu bagi menyembunyikan kebenaran masalah melibatkan Xinjiang, di samping memicu sentimen bertentangan antara pelbagai etnik, agar menimbulkan rusuhan di wilayah terbabit dan mengekang pembangunan China.

Pada hakikatnya. masalah tersebut bukanlah isu hak asasi manusia, perkauman bahkan agama, melainkan isu menentang keganasan dan pemecahbelahan. Menurut statistik, pada tempoh 1990 hingga 2016, ribuan insiden kekerasan telah berlaku di Xinjiang, mengakibatkan kematian tidak berdosa dan kerugian masyarakat dalam jumlah besar.

Sehubungan itu, kerajaan China memilih mengutamakan pencegahan dalam langkah menentang keganasan dan membanteras amalan ekstremisme, dengan menubuhkan pusat latihan vokasional di mana ramai penduduk tempatan mendapat peluang pelajaran, pendidikan dan latihan, dan kemudian memulakan kehidupan yang baharu. Tindakan seumpama itu juga pernah diperkenalkan secara meluas di negara barat dan dilihat selaras dengan kelaziman antarabangsa.

Berkat itu, tiada satu kes pun berlaku pada empat tahun lalu. Seiring dengan pembangunan sosioekonomi, Xinjiang berjaya dibebaskan dari belenggu kemiskinan tegar bersama dengan tempat lain di seluruh negara.

Kini, dengan sokongan kuasa Barat, ETIM berniat melakukan penyusupan, subversi dan perosakan sekali lagi. Walaupun terdapat 'arus yang beralir di bawah tanah', China berkeyakinan dan berkemampuan menyahut cabaran, menjaga keamanan di Xinjiang, dan juga sudi berkongsi pengalaman dengan dunia luar dan menyumbangkan kebijakan dalam bidang antikeganasan dan de-ekstremisme.

高蕾