Bangunkan Kampung Halaman yang Indah dan Mesra Alam

2021-04-03 15:06:19  CRI
Share with:

Bangunkan Kampung Halaman yang Indah dan Mesra Alam_fororder_1127289310_16173697579691n

Presiden China Xi Jinping ketika menyertai aktiviti tanam pokok di Beijing semalam menegaskan bahawa kita semua bersama-sama menyertai aktiviti seumpama ini pada tempoh masa ini setiap tahun adalah untuk menjana motivasi supaya setiap orang sudi memupuk kesedaran tanggungjawab untuk menanam pokok dan menghijaukan tanah air dalam suasana yang beradab. Seluruh masyarakat dikehendaki bersama-sama membangunkan kampung halaman yang indah supaya membolehkan manusia hidup harmoni dengan alam sekitar.

Bangunkan Kampung Halaman yang Indah dan Mesra Alam_fororder_1127289310_16173697582411n

Presiden Xi bersama-sama dengan pemimpin lain bertolak ke tebing sungai Wenyu di Beijing pada sebelah pagi semalam untuk menyertai aktiviti tanam pokok dengan para penduduk tempatan.

Beliau menyatakan bahawa kami perlu memegang konsep “gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak” dan mengendahkan perlindungan ekologi dan pembangunan hijau, memperluaskan tanaman hutan dan meningkatkan kualitinya agar memberikan sumbangan yang lebih besar dalam usaha merealisasikan sasaran kemuncak pelepasan karbon dan neutral karbon sekali gus memelihara keselamatan ekologi dunia.

Bangunkan Kampung Halaman yang Indah dan Mesra Alam_fororder_1127289310_16173697833651n

曹捷