Isu Xinjiang Tiada Kena Mengena dengan Hak Asasi

2021-04-06 15:22:47  CRI
Share with:

Satu dokumentari berjudul “Cabaran dalam Perjuangan Banteras Keganasan di Xinjiang” terbitan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN), disiarkan pada Jumaat lepas.

Dokumentari tersebut merupakan siri keempat bagi membongkar konspirasi kumpulan pengganas Gerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) untuk meracuni fikiran sesetengah penduduk etnik minoriti di Xinjiang sehingga mencetuskan perpecahan dan pergolakan.

Antara yang dikupas dalam dokumentari itu adalah, selain berjaya memerangi keganasan, dasar China berkaitan Xinjiang memperlihatkan jaminan hak dan kepentingan penduduk pelbagai etnik tempatan, termasuk hak untuk hidup dan memajukan sendiri.

Namun, sesetengah kuasa anti-China di dunia Barat asyik menggembar-gemburkan isu berkaitan Xinjiang sejak beberapa tahun lalu.

Dengan mengada-adakan fitnah seperti wujud "buruh paksa" dan "penahanan besar-besaran", mereka berniat mengelirukan khalayak, menyembunyikan fakta, menghasut antagonisme antara etnik dan mengekang pembangunan China.

Ternyata bahawa isu Xinjiang bukanlah soal hak asasi manusia, kaum dan agama, sebaliknya berkaitan perjuangan menghapuskan keganasan dan fahaman pemisahan.

Duta Besar Iran ke China, Mohammad Keshavarzzadeh yang sedang melawat Xinjiang baru-baru ini menerusi hantaran dalam media sosialnya memberitahu dunia bahawa wilayah itu aman, indah dan makmur.

Statistik menunjukkan, pada 1990 hingga akhir 2016, ribuan insiden kekerasan dan keganasan telah berlaku di Xinjiang, yang mengakibatkan kematian ramai penduduk tidak berdosa dan kerugian besar harta benda.

Dilaporkan, pelampau agama, pemisah dan pengganas termasuk ETIM adalah dalang di sebalik tragedi tersebut.

Penubuhan pusat latihan vokasional antara langkah penting untuk membantu mereka yang dipengaruhi fikiran ekstremis bagi memulakan kehidupan baharu.

Langkah serupa juga diguna pakai secara meluas di negara-negara Barat, selaras dengan amalan antarabangsa.

Hasilnya, tiada satu pun kes keganasan berlaku di Xinjiang dalam tempoh empat tahun lalu.

Selain itu, Xinjiang berjaya keluar dari kepompong kemiskinan mutlak, sementara sosioekonominya terus berkembang maju.

周乔西