Pembasmian Kemiskinan Mutlak, Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia

2021-04-07 15:00:13  CRI
Share with:

Pembasmian Kemiskinan Mutlak, Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia_fororder_微信图片_20210407145425

Pihak berkuasa China telah mengumumkan kertas putih mengenai pengalaman dan sumbanguan China dalam membasmi kemiskinan semalam. Kertas putih itu memetik banyak data statistik dan kes yang benar, menyingkap kembali perjuangan rakyat di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC) untuk membasmi kemiskinan mutlak dalam tempoh 100 tahun yang lalu. Dokumen tersebut sekali lagi membuktikan pandangan penganalisis bahawa pembasmian kemiskinan mutlak di China bukan sahaja “projek hak asasi manusia yang terbesar di dunia”, bahkan “amalan hak asasi manusia yang terbaik”.

Parti pemerintah di China mengutamakan kepentingan rakyat dalam usaha mengatasi kemiskinan. China mencapai sasaran pengurangan kemiskinan yang ditetapkan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 10 tahun lebih awal, dan memastikan seluruh rakyat negara ini yang jumlahnya mewakili satu perlima jumlah penduduk dunia hidup sejahtera, bebas dan bahagia. Inilah sumbangan penting negara ini kepada pembangunan hak asasi manusia sejagat.

Dalam pada itu, golongan miskin dalam kaum wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan etnik minoriti diberi keutamaan dalam pengurangan kemiskinan.

Pada tahun 2016 hingga 2020, seramai 15.6 juta penduduk berjaya keluar dari belenggu kemiskinan di lima wilayah autonomi etnik monoriti serta provinsi Guizhou, Yunnan dan Qinghai yang mempunyai ramai penduduk etnik minoriti. Selain itu, kesemua 28 etnik minoriti yang jumlah penduduknya paling kecil mengatasi kemiskinan secara menyeluruh. Daripada hampir 100 juta orang yang keluar dari kemiskinan, jumlah wanita mewakili hampir 50 peratus.

Pada masa yang sama, sistem subsidi kepada warga emas yang hidup susah berjaya dibina, yang memberikan manfaat kepada 36.89 juta orang warga emas. Manakala, lebih 7 juta OKU berjaya keluar dari kemiskinan.

Walau bagaimanapun, kemiskinan masih merupakan cabaran besar bagi pembangunan sejagat. Kejayaan dan pengalaman China dipercayai mampu meningkatkan keyakinan dunia khususnya negara-negra membangun untuk mengatasi kemiskinan.

徐国玮