Rizab Mata Wang Asing China Stabil

2021-04-08 14:52:47  CRI
Share with:

Biro Pentadbiran Mata Wang Asing China (SAFE) semalam mengumumkan, jumlah rizab mata wang asing China mencatat USD3.17 trilion sehingga penghujung Mac lalu, menurun 1.09 peratus iaitu USD35 bilion berbanding dengan penghujung Februari.

Naib Ketua Pengarah yang juga jurucakap SAFE, Wang Chunying berkata, pasaran mata wang asing di China stabil, permintaan dan bekalan adalah seimbang. Pengurangan rizab mata wang asing tersebut disebabkan kenaikan indeks dolar Amerika, penyusutan harga bon negara-negara utama, dan kenaikan bursa saham sejagat.

Menurutnya, situasi wabak di negara luar masih serius, pemulihan ekonomi sejagat dan pasaran kewangan antarabangsa masih menghadapi ketidakpastian.

Beliau berkata, momentum pembangunan ekonomi domestik China semakin kuat dan unsur yang positif kian bertambah. Ini turut memberi jaminan kepada kestabilan rizab mata wang asing di negara ini.

徐国玮