Xi, Merkel Bincang Kerjasama China, Jerman, Eropah

2021-04-08 14:00:26  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping berhubung dengan Canselor Jerman, Angela Merkel melalui telefon semalam.

Xi Jinping berkata, China dan Jerman Bersama-sama mengatasi kesukaran akibat wabak COVID-19 dan gangguan lain, sehingga berjaya mencapai kemajuan dalam kerjasama dua hala. Di samping itu, China menjadi rakan dagang terbesar bagi Jerman selama lima tahun berturut-turut. Beliau berharap kedua-dua negara terus memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang berdasarkan prinsip saling hormat dan saling untung, dan menyuntik keyakinan kepada pemulihan ekonomi global.

Xi menegaskan, hubungan China-Eropah kini menghadapi peluang baharu di samping berdepan pelbagai cabaran. Pembangunan China akan membawa peluang kepada Eropah. Oleh itu, Eropah diharap dapat membuat pilihan bijak dan menetapkan strategi pembangunannya sendiri.  

Beliau menegaskan bahawa pihaknya menentang tindakan mempolitikkan vaksin atau “nasionalisme vaksin”. China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa termasuk Jerman untuk menggalakkan pengagihan vaksin secara adil, menyokong dan membantu negara-negara membangun memperoleh vaksin supaya mengatasi wabak secepat mungkin.

Merkel menyatakan bahawa Eropah mengamalkan prinsip bebas dalam amalan hubungan luar. Beliau menegaskan, dialog dan kerjasama Eropah dengan China bukan sahaja selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak, malah seluruh dunia. Jerman bersedia memainkan peranan aktif bagi memperkasakan kerjasama antara Eropah dengan China.

胡星