Industri Vaksin China Sasar Lebar Sayap ke Pasaran Global

2021-04-08 15:55:29  CRI
Share with:

Sumbangan China terhadap sinergi global memerangi COVID-19 menerusi pembekalan vaksin, meletakkan asas kukuh ke arah memantapkan lagi industri penghasilan vaksin domestik, kata seorang pakar terkemuka.

Presiden Persatuan Industri Vaksin China (CAV), Feng Duojia berkata, ia juga membantu pemain industri berkenaan terus menembusi pasaran antarabangsa.

"Penggunaan vaksin keluaran China secara meluas di pelbagai negara membawa makna penting kepada industri vaksin dalam negeri.

"China komited melakukan yang terbaik supaya negara-negara membangun mendapat akses kepada vaksin mampu milik.

"Industri vaksin China kini mempunyai matlamat strategik yang lebih jelas, iaitu terus berkembang hingga mencapai taraf dunia dengan perkhidmatan meliputi semua negara," ujar Feng dalam sebuah webinar pada Rabu.

Tambah beliau, untuk matlamat itu, aspek kualiti produk, perkhidmatan dan jaminan rantaian industri perlu selaras dengan piawaian antarabangsa.

Selain itu, kapasiti pengeluaran dan produktiviti juga perlu dipertingkat.

Untuk rekod, setakat 30 Mac, China sudah menghulurkan bantuan vaksin kepada 80 negara dan tiga pertubuhan antarabangsa, di samping mengeksport vaksin ke lebih 40 negara.

China juga telah menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19, COVAX dan berjanji menyediakan 10 juta dos vaksin bagi memenuhi keperluan cemas negara membangun.

China sentiasa bersikap terbuka terhadap kerjasama antarabangsa berkaitan vaksin, dan menyokong syarikat domestik mempergiat kerjasama melibatkan penyelidikan dan penghasilan vaksin serta ujian klinikal dengan pengusaha negara lain.

梁靓