Bebas Cukai Suntik Kedinamikan Ekonomi Hainan

2021-04-08 11:41:28  CRI
Share with:

Pelaksanaan dasar bebas cukai luar pesisir di Hainan melonjakkan jualan barangan import di pulau yang terletak di selatan China itu.

Ia sekali gus menyuntik kedinamikan kepada pertumbuhan ekonomi pulau Hainan meskipun pandemik COVID-19 masih merebak di serata dunia.

Statistik menunjukkan, pada Januari hingga Februari, Kastam Haikou telah mengawasi penjualan sebanyak 10.55 juta barang bebas cukai.

Antaranya, angka pembelian sebenar melepasi 1.03 juta, dengan jumlah jualannya mencecah 8.3 bilion yuan (RM5.24 bilion).

Sejak dasar cukai keutamaan baharu diperkenal oleh pihak berkuasa tempatan pada 1 Julai tahun lalu, jumlah jualan harian barang import bebas cukai di Hainan melebihi 120 juta yuan (RM75.73 juta) setakat hujung tahun lepas, iaitu tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Meskipun bilangan pengunjung ke Hainan menyusut 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, namun sektor kedai bebas cukai berjaya mencapai matlamat untuk menggandakan jualan tahunan.

Naib Pengurus Syarikat Bebas Cukai Pelancongan dan Pelaburan Hainan, Zhang Yimei memaklumkan, jualan berlangsung sangat baik susulan ramai pelanggan aktif membeli-belah buat masa ini.

Selain itu, pihaknya juga berusaha untuk menambah elemen berkait dengan generasi muda supaya dapat menarik lebih ramai pengguna dari golongan berkenaan.

Tahun ini, Hainan akan terus mengoptimumkan pengalaman membeli-belah menerusi langkah seperti membuka lebih banyak kedai bebas cukai, menyusun atur rak barang serta meneroka kaedah penghantaran baharu.

Pada masa sama, pulan itu juga akan terus memajukan industri berkaitan pelancongan, perhotelan dan katering. 

周乔西