AS Digesa Jamin Hak Asasi Penduduk Guam

2021-04-08 14:01:43  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa menumpukan perhatian terhadap isu hak asasi manusia sendiri, memelihara hak dan kepentingan sah penduduk di Guam.

Dilaporkan, tiga pelapor khas dari Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) telah memfailkan satu surat dakwaan kepada kerajaan AS, menuduh Washington dan Pentagon mencabuli hak asasi manusia orang asli Chamorro di Guam. Surat itu menyebut, pihak AS telah menambah kehadiran tenteranya di Guam tanpa perbincangan menyeluruh dengan orang Chamorro, yang turut menjejaskan hak tanah, sumber, alam sekitar dan budaya orang asli itu. Namun, kerajaan AS masih belum memberi sebarang respons.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar menyatakan, China menyokong usaha antipenjajahan serta peranan PBB dalam isu berkaitan. Padahal, penduduk Guam merupakan warganegara AS kelas kedua tanpa hak mengundi. Kampung halaman mereka digunakan sebagai barian hadapan tentera AS di Asia Pasifik. Pangkalan tentera AS yang kian diluaskan telah menjejaskan industri pelancongan dan mengancam kehidupan normal penduduk tempatan.

Oleh itu, ujar Zhao, AS digesa menumpukan hak asasi manusia sendiri dan memelihara hak dan kepentingan penduduk Guam.

胡星