G20 Seru Sokongan Kewangan Pemulihan Ekonomi Dunia

2021-04-08 14:50:09  CRI
Share with:

G20 Seru Sokongan Kewangan Pemulihan Ekonomi Dunia_fororder_微信图片_20210408144813

Sidang ke-2 menteri kewangan dan gabenor bank pusat Kumpulan 20 (G20) diadakan secara maya semalam, dipengerusikan Itali, negara pengerusi bergilir G20.

Para peserta berpendapat bahawa masyarakat antarabangsa perlu mendorong pemulihan ekonomi dan pembangunan mampan serta meningkatkan sokongan kepada negara-negara yang paling lemah.

Memetik kenyataan Kementerian Kewangan Itali, sidang itu menunjukkan bahawa situasi ekonomi dunia semakin baik setelah mengalami penyusutan pada tahun 2020, manum masih menghadapi ketidakpastian. Oleh itu, para peserta menyeru pelbagai negara jangan menarik balik dasar sokongan ekonomi terlalu awal bagi melindungi kesihatan awam dan mengurangkan impak wabak.

Selain itu, para peserta bersetuju untuk membaharui pelan tindakan G20. Antaranya, perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar dianggap cabaran yang paling mendesak. Selain itu, G20 sekali lagi berjanji menguatkan sistem kesihatan sejagat dan mendorong pengagihan vaksin COVID-19 secara adil dan berkesan.

徐国玮