Laut China Selatan Bukan Tempat Hegemoni AS

2021-04-10 15:58:06  CRI
Share with:

Laut China Selatan Bukan Tempat Hegemoni AS_fororder_微信图片_20210410145456

Kapal induk Theodore Roosevelt angkatan laut Amerika Syarikat (AS) telah mengakhiri latihan tentera bersama di Laut China Selatan pada 7 April lalu. Ini kali ke-3 kapal induk itu memasuki kawasan perairan Laut China Selatan pada tahun ini dan ia sekali lagi membuktikan bahawa AS telah menjadi ancaman terbesar terhadap kedamaian di kawasan perairan berkenaan.

Laut China Selatan dianggap sebagai perairan penting bagi AS untuk mengekalkan kedudukan pimpinannya di Asia-Pasifik serta tempat penting untuk menyekat China.

Di bawah pimpinan dan hasutan AS, negara-negara dari luar rantau ini turut membuat kekacauan dan ketegangan di Laut China Selatan. Ini dianggap sebab utama Laut China Selatan “ditenterakan”.

Walau bagaimanapun, melihat situasi semasa ini, keinginan AS untuk mengacau ketenangan di Laut China Selatan pasti akan menemui kegagalan.

Laut China Selatan Bukan Tempat Hegemoni AS_fororder_微信图片_20210410145506

AS menghasut negara-negara sekutunya memberikan tekanan ketenteraan kepada China pasti tidak akan berjaya. Walaupun Jepun dan Australia beberapa kali membuat kenyataan keras, namun kapal atau pesawat mereka tidak pernah menceroboh ke ruang pulau atau terumbu karang di Laut China Selatan. Selain itu, negara-negara besar dari rantau lain lebih sukar untuk menjalankan tindakan provokasi terhadap China.

Yang lebih penting ialah langkah AS yang ingin mengacau situasi di Laut China Selatan membelakangi hasrat bersama negara-negara serantau untuk menjaga kedamaian dan mewujudkan pembangunan.

Dengan usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, situasi di Laut China Selatan telah mengekalkan kestabilan. Kedua-dua pihak sedang memperkasakan kerjasama maritim di samping mendorong rundingan tentang Kod Tatalaku di Laut China Selatan. China dan ASEAN berkeyakinan dan mampu mengawal perselisihan pendapat.

Dalam pada itu, lawatan menteri luar empat negara ASEAN ke China baru-baru ini pula membuktikan bahawa negara-negara di rantau ini enggan diperalatkan oleh AS untuk mengekalkan hegemoninya. Tindakan mengacau yang dilakukan AS tidak akan menghalang hasrat dan usaha negara-negara di rantau ini untuk mendorong pembangunan damai.

徐国玮