Demokrasi Bercirikan AS Pembinasa Keamanan Dunia

2021-04-13 13:41:11  CRI
Share with:

Akhir-akhir ini, situasi semasa di timur Ukraine makin tegang apabila pihak tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa akan mengerahkan kapal perang ke Laut Hitam.

Campur tangan Pentagon itu menyebabkan negara timur Eropah berkenaan terdedah kepada risiko berlakunya konflik ketenteraan besar-besaran.

Apapun, ini hanya sebahagian kecil daripada yang dilakukan AS dengan alasan menjaja demokrasi ke serata dunia.

Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS) menerusi satu laporan terkini menyatakan, sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua hingga tahun 2001, sebanyak 248 kali konflik bersenjata tercetus di 153 buah kawasan, dan 201 daripadanya atau kira-kira 81 peratus dilancarkan AS.

Dengan menggunakan alasan seperti “hak asasi menjangkaui kedaulatan” dan “campur tangan kemanusiaan”, negara itu “berjaya” menyelubungi tingkah lakunya yang bersifat menceroboh.

Demi mengukuhkan hegemoninya, AS bertindak lebih agresif terhadap mana-mana negara yang enggan mengikut telunjuknya menerusi melancarkan serangan, menghasut revolusi warna ataupun gerakan merampas kuasa.

Negara yang terpaksa menerima dan mengguna pakai amalan demokrasi bercirikan AS, telah mendapati dirinya sama sekali tidak sesuai dengan sistem Barat itu.

Apabila bertindak menyerang negara lain, AS tidak kisah apa pun padah kerana dari pandangannya pemikiran hegemoni yang mampu mengalahkan semua serta nilai mengutamakan diri sendiri adalah yang menjadi pertimbangannya.

Pendek kata, perkara yang sentiasa dijaja AS ke serata dunia bukanlah demokrasi, sebaliknya pergolakan dan peperangan.

董筱娉