Genap Lima Tahun LMC Dijalin

2021-04-14 17:22:01  CRI
Share with:

Enam negara di kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong merupakan jiran bersahabat yang akrab dan rakan kongsi yang sejati.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi dalam jamuan meraikan ulang tahun kelima terjalinnya Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) pada Selasa.

Katanya, mekanisme kerjasama LMC kini diberi peluang baharu susulan China mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu.

Negara-negara terlibat hendaklah terus mempertingkat kesalingpercayaan strategik dan penyelarasan rancangan pembangunan, memacu kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), selain memperkasa usaha inovasi dan pembinaan infrastruktur digital.

Selain itu, beliau juga menyarankan supaya pelbagai negara mengintensifkan kerjasama kesihatan awam seperti vaksin COVID-19, serta kerjasama yang melibatkan program sumber air, perlindungan alam, pembasmian kemiskinan, pendidikan dan pelancongan.

张哲