Rasisme AS Injak-injak Hak Asasi

2021-04-14 14:09:01  CRI
Share with:

Masyarakat Amerika Syarikat (AS) kini dihantui penyakit rasisme susulan layanan berbeza terhadap warga kulit berwarna.

Sejak sekian lama, puak Indian Amerika masih menempuhi kehidupan seperti warganegara kelas kedua dan hak mereka diinjak-injak begitu sahaja.

Pada tahun lepas, kes membabitkan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd akibat leher ditekan polis kulit putih dengan lutut telah mengejutkan seluruh dunia.

Sekarang, warga keturunan Asia turut menjadi sasaran yang dihina dan diserang dalam insiden kekerasan yang berlaku di tempat awam.

Laporan terkini dikeluarkan Universiti Negeri California (CSU) menunjukkan, AS menyaksikan lonjakan jenayah kebencian yang menyasar warga keturunan Asia pada 2020, iaitu naik 149 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Keadaan itu dilihat berkaitan langsung dengan kesengajaan bekas Presiden Donald Trump menyebut koronavirus sebagai "virus China" dan "kung flu".

Namun jika diteliti dari perspektif lebih mendalam, masalah tersebut berpunca dari rasisme sistematik yang menyasar orang keturunan Asia dalam jangka masa panjang.

Politikus AS yang membesar-besarkan diri sebagai “pembela hak asasi manusia” sebenarnya tidak ingin dan juga tidak mampu menyelesaikan isu diskriminasi kaum yang sudah lama berakar umbi di negara itu, dengan mempertimbangkan faktor seperti politik dalaman, sejarah dan tradisi serta ideologi.

Malahan, segelintir politikus secara terang-terangan mengapi-apikan dan membiarkan sahaja amalan diskriminasi perkauman.

Perbuatan itu sama seperti mengeji dan memijak-mijak konsep hak asasi manusia zaman moden.

周乔西