The Lancet: Usaha China Bendung Wabak Sediakan Peluang Kerjasama Global

2021-04-14 11:53:59  CRI
Share with:

Jurnal perubatan profesional Britain, The Lancet menerbitkan ulasan bertajuk "Usaha China Bendung Wabak COVID-19 Sediakan Peluang Kerjasama Global", yang mengimbau kembali pengalaman China dalam mencegah dan mengawal wabak tersebut.

Dalam artikel yang dikeluarkan, jurnal itu mencatatkan bahawa China telah berjaya mengawal kes baharu dan kes import, sehingga memulihkan kehidupan masyarakat dan kedinamikan ekonomi, setelah bandar Wuhan dibuka semula.

Jelas artikel itu, meskipun masih terdapat kes sporadik, namun semuanya masih terkawal secara berkesan.

Dalam pada itu, The Lancet turut menyentuh mengenai iktibar yang boleh diambil oleh ilmuwan antarabangsa dari pencegahan dan kawalan China.

Artikel itu memberi pandangan bahawa China berinisiatif untuk memeriksa pesakit yang terjangkit dan mengenakan kuarantin terhadap semua individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit.

Tambahan lagi, saranan kerajaan China kepada rakyatnya untuk tidak mengadakan aktiviti pelancongan turut mendapat kerjasama penuh warga China yang percaya sepenuhnya kepada kerajaan.

The Lancet juga turut memberi pandangan bahawa kerjasama adalah lebih berkesan berbanding perdebatan dalam sains dan kesihatan.

Kini, cabaran yang dihadapi sejagat tatkala wabak merebak memerlukan respons serta kerjasama pelbagai negara, sambil menekankan sekarang bukan masa yang sesuai untuk sebarang pertelingkahan.

曹捷