Duta Malaysia: Model China Jadi Inspirasi

2021-04-15 14:37:15  CRI
Share with:

Duta Malaysia: Model China Jadi Inspirasi_fororder_微信图片_20210415152113

Dasar dan konsep berkaitan pentadbiran negara yang diamalkan Parti Komunis China (PKC) memberi banyak inspirasi dan harapan kepada negara-negara membangun, kata Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Ketika menghadiri sesi promosi bertemakan kisah PKC di Hangzhou pada Rabu, beliau menyatakan model pembangunan China membuktikan bahawa sesebuah negara perlu menempuh jalan yang sesuai dengan keadaan sendiri.

Hampir 400 wakil parti dari lebih 70 negara serta duta asing ke China menyertai sesi promosi yang berlangsung secara dalam dan luar talian.

Duta Malaysia: Model China Jadi Inspirasi_fororder_微信图片_20210415152139

Para peserta sependapat bahawa gagasan China untuk membentuk paradigma pembangunan baharu bukan sekadar kondusif bagi merealisasikan lonjakan lebih besar dalam pembangunan negara itu, malah menawarkan peluang penting kepada dunia.

 

周乔西