Kolonialisme Barat Masih Hantui Dunia

2021-04-15 15:36:34  CRI
Share with:

Negara maju yang mempunyai 16 peratus populasi dunia membolot vaksin COVID-19 sehingga 60 peratus, menyebabkan kadar vaksinasi di negara-negara Afrika hanya sebanyak 2 peratus daripada jumlah kumulatif suntikan global.

Jurang ketidaksamaan yang semakin melebar selepas COVID-19 itu sebenarnya paparan realiti zalim dan tidak adil yang dilalui negara berkenaan selepas diporak-perandakan oleh kegiatan durjana kuasa Barat sejak beberapa abad lalu.

Kemakmuran sesetengah negara maju banyak bergantung kepada sumber-sumber yang diperoleh secara rampasan dari negara-negara lain dalam tempoh beberapa abad lalu.

Demi menjarah tanah dan sumber, Amerika Syarikat (AS) pernah melakukan pengusiran dan pembunuhan terhadap Orang Asli. Tindakan itu turut mengakibatkan jumlah puak peribumi itu susut kepada 250,000 pada awal abad ke-20 daripada 5,000,000 pada hujung abad ke-15.

Justeru, tidak hairanlah apabila melihat sebuah kuasa besar yang pernah melakukan genosid ke atas penduduk orang asli, kini cuba memonopoli hingga menyorokkan vaksin dan enggan mengedarkannya kepada negara membangun.

Ideologi rasisme dan ketuanan bangsa kulit putih telah lama berakar umbi dalam masyarakat AS semenjak zaman penjajahan.

Pada zaman sekarang, sesetengah kuasa Barat masih lagi asyik mempengaruhi negara dan kawasan yang pernah dijajahinya, hanya untuk memelihara kepentingan diri dan mengejar perasaan meninggi diri.

Dahulu kala, kegiatan penjarahan berleluasa dengan merampas sumber secara berdarah; sehingga kini penjajahan masih menghantui masyarakat dunia menerusi amalan hegemoni.

董筱娉