COVID-19: Palestin Hargai Bantuan Vaksin Dari China

2021-04-16 12:54:24  CRI
Share with:

COVID-19: Palestin Hargai Bantuan Vaksin Dari China_fororder___172.100.100.3_temp_16_1_16_1_1_739021bc-d001-4f50-ae38-7e0b2f788a1f

Pelbagai lapisan masyarakat Palestin menyatakan penghargaan atas bantuan vaksin COVID-19 yang dihulurkan oleh China.

Dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini, Pengarah Pejabat China di Palestin, Guo Wei berkata, kerjasama China-Palestin dalam bidang vaksin telah memberi sumbangan baharu kepada pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib.

Menurut Guo, vaksin COVID-19 yang disumbangkan kerajaan China selamat tiba di Palestin pada 29 Mac lalu ketika negara itu masih menghadapi masalah kekurangan vaksin.

Untuk rekod, jumlah vaksin yang disumbangkan China merupakan bantuan yang terbanyak yang diterima oleh Palestin setakat ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Palestin, Mohammad Ibrahim Shtayyeh turut berulang kali mengucapkan terima kasih atas bantuan vaksin COVID-19 dari China, manakala Menteri Kesihatan negara itu, Mai al-Kaila dan Menteri Luar, Riyad al-Maliki pula menyifatkan China sebagai sahabat handai, saudara mara dan rakan karib yang paling boleh dipercayai.

Kesemua mereka menilai tinggi China yang mengotakan janji untuk menjadikan vaksin sebagai "barangan keperluan awam global” dan menghulurkan bantuan kepada Palestin serta negara membangun lain.

COVID-19: Palestin Hargai Bantuan Vaksin Dari China_fororder___172.100.100.3_temp_16_1_16_1_1_da8162c5-15c1-4fe1-a317-3a8e867431e7

Dalam perkembangan lain, laporan yang menjadikan “Vaksin China tiba di Palestin” sebagai tajuk utama juga diterbitkan di pelbagai media negara itu.

Setakat ini, melebihi 35 ribu individu Palestin telah menerima suntikan vaksin tanpa mengalami reaksi alahan yang teruk, dan ia secara tidak langsung membuktikan kepercayaan rakyat negara itu terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin keluaran China.

Menurut Guo, pandemik COVID-19 tidak akan menjadi batu menghalang kepada persahabatan China-Palestin, sebaliknya meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain dan memperkasa kerjasama kedua-dua negara.

曹捷