Jepun Digesa Penuhi Kewajipan dengan Sikap Saintifik

2021-04-17 14:24:56  CRI
Share with:

China mengulangi gesaan supaya Jepun tidak melancarkan proses pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke laut sebelum mencapai kata sepakat dengan semua pihak berkepentingan dan institusi antarabangsa.

Gesaan disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam taklimat media di Beijing pada Jumaat.

Jepun perlu memahami tanggungjawab sendiri dan memenuhi kewajiban antarabangsa dengan sikap saintifik, tegas Zhao.

Keputusan kerajaan Jepun membuang sisa air nuklear ke laut turut mengundang kecaman daripada masyarakat antarabangsa.

Pada Khamis, tiga pakar bebas dilantik Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) dalam satu kenyataan bersama melahirkan rasa kesal terhadap keputusan Jepun itu, yang dianggap mungkin menjejaskan kehidupan jutaan penduduk di rantau Pasifik, malah menjadi ancaman besar kepada jaminan hak asasi.

周乔西